Friday, January 2, 2009

Be Positive (^_^)

Positive Thinking!! Alhamdulillah dan terima kasih kepada sahabatku kerana telah memperkenalkan aku kepada sikap positif.. Seharusnya sikap positif ini perlu dibina dan dipupuk di dalam diri kita secara berterusan untuk membuahkan hasil.

Memetik kata-kata Dr. Fadzilah Kamsah, “..menurut kajian, 100 fikiran negatif, dapat diatasi dengan hanya 1 fikiran positif”. Wah, luarbiasa.. Pernahkah kita fikirkan tentang perkara ini?

Bila kita mengenang kembali setiap peristiwa yang berlaku, maka kita akan dapat melihat bahawa ternyata fikiran negatif itu dapat diatasi dengan fikiran positif.. Renung-renungkan dan berfikirlah sejenak.. betapa selama ini fikiran positif telah banyak membantu kita :)

Jika selama ini kita lupa akan kehadirannya, maka di saat inilah, mari kita hidupkan kembali “Positive Thinking”. Masanya telah tiba untuk kita maju kehadapan.. Positiflah dan engkau akan lebih yakin dengan dirimu..

Ibarat air yang keruh di dalam segelas kaca, jika sentiasa dicurahkan dengan air jernih, lama-kelamaan ianya pasti akan menjadi jernih.

Hadirkanlah fikiran positif dalam diri kita, yakinlah dengan kemampuan kita. Sesungguhnya, setiap kita mampu membuat sesuatu yang hebat kerana kita sememangnya manusia hebat!!

Salam positif buat semua :)

3 comments:

Noli said...

sy sering mempositifkn diri sy..tp seringkali jugak tercabar dgn keadaan sekeliling..end up..jadik negatif..huh!!

Lanz™ said...

aku memang positif.. dgrla lagu positif dari Man Bai..hee

fasniuka said...

Noli : Positif memerlukan sokongan.. bila rasa nak negatif je, cepat2 lari ke area positif :p

lanz : Keep it up :)