Thursday, March 26, 2009

Smile Always :)





Ucaplah terima kasih..
Ish.. mana PNB ni.. puas pusing-pusing putrajaya ni masih tak jumpa.

Erm, cuba kau tanya orang-orang yang tengah jalan tu.. mereka semua kerja kat area ni.. mesti diaorang tau..

Betul juga.. "Assalamualaikum bang.. Abang tau tak mana pejabat PNB?"

Oo.. rasanya ada kat belakang bangunan sana.. cuba tengok kat list signboard sana..

Ok. - berlalu pergi ke arah signboard.

Eh, kau tak cakap terima kasih ke kat dia??

Alamak.. aku terlupa.

Bukan apa.. dia dah tolong tu.. at least ucapan terima kasih tu tanda kita menghargai dia.

Betul tu.. ni sebab aku jarang cakap terima kasih la ni.. sampai orang dah tolong pun boleh pergi camtu je..

Amalkanlah selalu berterima kasih.. biarpun sedikit pertolongan, ia tetap kata-kata yang begitu dihargai..

Insyaallah.. terima kasih kerana ingatkan aku :)

Friday, March 13, 2009

Serikanlah hidupmu

The Zikr - Kasih Fitrah

Kita suburkan semula
Kasih fitrah yang sudah lama pudar

Di hati insan

Agar ia subur dan berbunga


Menyerikan taman kehidupan
Yang selama ini lesu dan layu

Buanglah semua kepentingan diri
Demi mencapai kasih dan sayang

Bila kasih sayang bersemi di hati

Benih mahmudah kan subur kembali

Fikirkanlah hak orang lain
Kerana kasih sesama manusia


Dunia ini hanya kan kembali damai
Bila mana manusia berkasih sayang
Bertolak ansur dan bertimbang rasa
Rasa bersama dan bekerjasama
(Buanglah kepentingan diri)
(Demi mencapai kasih dan sayang)

(Bila kasih sayang bersemi di hati)
(Benih mahmudah kan subur kembali)

Yang melupakan kepentingan dunia
Cinta Allah dan Rasul di dalam hati



Kita bukan keseorangan...
Eh, kenapa lambat harini? Berpeluh-peluh nampak.

Moto aku rosak tengah jalan.. so aku tolak sampai ofis.

La.. kenapa tak call aku. Kan aku ada moto, boleh aku tolong tolak.

Ish.. takpelah. Aku tak nak menyusahkan kau. Lagipun..

Stop! Jangan cakap camtu. Aku kan kawan kau. Apa gunanya kawan kalau tak tolong menolong. Betul tak?

Haha.. betul-betul. Terima kasih kerana ingatkan aku :)

Tuesday, March 10, 2009

Kau Dirimu..





Saat kau melihat mereka kesunyian,
Saat kau melihat mereka ketakutan,
Saat kau melihat mereka kesedihan,
Saat kau melihat mereka kesusahan,

Hadirkanlah dirimu menemani mereka,
Hadirkanlah dirimu menenangkan mereka,
Hadirkanlah dirimu menghiburkan mereka,
Hadirkanlah dirimu membantu mereka,

Biarpun kau turut kesunyian,
Biarpun kau turut ketakutan,
Biarpun kau turut kesedihan,
Biarpun kau turut kesusahan,

Relakanlah dirimu bersama menemani mereka,
Relakanlah dirimu berani menenangkan mereka,
Relakanlah dirimu sudi menghiburkan mereka,
Relakanlah dirimu tabah membantu mereka,

Kerana kau mampu membuat perubahan,
Kerana kau mampu menahan tangisan,
Kerana kau mampu memberi senyuman,
Kerana kau mampu membawa kebahagiaan.

- Salam Ikhlas.

Sunday, March 8, 2009

Dan tersenyumlah..

Raihan - Senyum

Manis Wajahmu Kulihat Di Sana
Apa Rahsia Yang Tersirat
Tapi Zahirnya Dapat Kulihat
Mesra Wajahmu Dengan Senyuman

Senyuman... Senyuman
Senyum Tanda Mesra
Senyum Tanda Sayang
Senyumlah Sedekah Paling Mudah
Senyum Di Waktu Susah
Tanda Ketabahan
Senyuman Itu Tanda Keimanan
Senyumlah Senyumlah...

Hati Yang Gundah Terasa Senang
Bila Melihat Senyum Hatikan Tenang
Tapi Senyumlah Seikhlas Hati
Senyuman Dari Hati Jatuh Ke Hati

Senyumlah Senyumlah
Senyumlah Seperti Rasulullah
Senyumnya Bersinar Dengan Cahaya
Senyumlah Kita Hanya Kerana Allah
Itulah Senyuman Bersedekah

Senyumlah Senyumlah...
Itulah Sedekah Paling Mudah
Tiada Terasa Terhutang Budi
Ikat Persahabatan Antara Kita
Tapi Senyum Jangan Disalah Guna
Senyumlah Senyumlah...



Senyum itu ubat, penawar segala duka, penghibur di kala sepi, penyejuk bagi hati :)

Comelkan kucing ni?? hehe.. walau ditatap beribu kali pun pasti tak jemu.. kerana apa? kerana senyuman yang terukir itu ternyata menenangkan jiwa, menghiburkan hati bahkan mampu membuat kita tersenyum :)

Itulah hebatnya senyuman. Ianya mampu berjangkit kepada yang melihat. Malah biasanya setiap senyuman pasti berbalas dengan senyuman :)

Jadikanlah senyuman sebahagian dari kita. Tersenyumlah jika kau kesusahan dan tersenyumlah jika kau kegembiraan. Senyumlah pada dunia dan engkau akan melihat dunia senyum kepadamu :)

Salam senyuman buat semua :)

Thursday, March 5, 2009

Kotak Hikmat

“Inilah kotak hikmat yang mampu menyelesaikan segala masalah kamu…”

Ya, kotak hikmat.. sebuah kotak yang sederhana kecil, boleh dipegang dan dibawa kemana-mana sahaja.. di dalamnya terkandung rahsia yang dapat menyelesaikan bermacam masalah yang kita hadapi.. ajaib bukan?

Memang sukar untuk mempercayainya, bahkan aku juga ragu-ragu akan kebenarannya.. mana mungkin kandungan sebuah kotak dapat menyelesaikan semua masalah?? Haha.. aku hanya tersenyum.. tetapi, setelah aku memegang kotak itu, aku buka dengan hati yang berdebar dan aku lihat kandungannya, persepsi aku berubah, akal aku membenarkannya dan hatiku tersentuh..

Ternyata kotak itu memang kotak hikmat.. ternyata juga jawaban dan rahsia bagi masalah aku ada di dalamnya… bahkan bukan sahaja masalah aku, masalah sesiapa sahaja boleh diselesaikan dengan kotak itu.. kotak hikmat…

Benarkah ianya wujud?

Saat itu masih segar di ingatanku.. ketika aku darjah empat, menghadiri satu program motivasi anjuran sekolah bagi membentuk generasi pintar cemerlang :p

Pada waktu ini, ingin aku berkongsi dengan semua pembaca, apakah rahsia yang terkandung di dalam kotak hikmat itu sehingga ianya begitu hebat mampu menyelesaikan pelbagai masalah.. sebelum itu, ingin aku jelaskan bahawa kotak hikmat ini bukan dongengan atau angan-angan.. ia memang sebuah kotak.. benar-benar sebuah kotak.. kotak hikmat..

Perlahan-lahan aku membukanya, mencari rahsia bagi semua masalah.. kosong?? Haha.. tentulah tidak.. ada dua benda di dalam kotak hikmat itu.. dua benda yang mana ternyata benar dapat menyelesaikan masalah kita.. Sekeping kertas dan juga sekeping cermin yang dilekatkan di dasarnya..

Aku membaca tulisan itu.. “Percayalah, kunci bagi semua masalah ada pada orang ini” dan aku melihat cermin itu.. aku nampak wajahku.. Ah! Aku tersentak.. kubaca dan kulihat berulang kali.. benar.. akulah jawapannya.. akulah rahsianya.. DIRI SENDIRI..

Percaya atau tidak, kebanyakan masalah yang kita hadapi berpunca dari diri kita sendiri.. yang lebih menarik, segala penyelesaiannya ada pada kita!! Tinggal sahaja kita melakukannya.. anda sakit? Makanlah ubat.. anda rasa bersalah? Segeralah meminta maaf.. anda tension? Rehatkanlah minda.. anda terumbang-ambing? Carilah panduan.. anda kesusahan? Mintalah bantuan…

Diri sendiri.. kitalah yang mencorakkan kehidupan kita.. kitalah yang membuat pilihan dalam kehidupan.. dan kita jugalah yang menentukan masa depan kita..

Terima kasih kotak hikmat.. engkau menyedarkanku..