Monday, December 29, 2008

Tiada Hari Tanpa.....

Tersenyum aku mengingati kata-kata sahabatku setelah hampir 4 bulan kami tidak berbual.

Ternyata, panggilan dari seorang sahabat umpama ubat yg amat mujarab untuk menyembuhkan hati yg kelam.

Tiada hari tanpa latihan. Ya, itulah kata-katanya padaku setelah aku meminta tips menjaga badan ;)

Bayangkan, dulu saiz 33, sekarang 29! Wah, hebat. Ternyata benar apa yg dikatakan.

Dikala ini fikiranku juga berkata-kata.. Tiada hari tanpa Al-quran.. Tiada hari tanpa tahajud, tiada hari tanpa.....

Wah, alangkah bagusnya jika semua ini dapat aku laksanakan.. Barulah bergelar manusia hebat.. Haha..

Tiada salahnya jika kita berangan-angan.. tapi yang terbaik jadikanlah angan-angan kita hari ini suatu kenyataan di masa hadapan..

Salam perjuangan :)

Awal Muharram, Satu Permulaan

"A thousand miles journey, begin with the first step"
"Setiap perbuatan, bermula dari sebuah pemikiran"

Selamat awal muharram dan selamat azam baru ku ucapkan buat semua.. Agar hari yang mendatang dapat kita hadapi dengan ketabahan dan kenyakinan yang utuh.

Setiap sesuatu ada permulaan dan yang terbaik adalah dimulakan dengan niat yang baik.. Gunakanlah awal muharram ini sebagai satu titik perubahan bagi diri kita agar kita dapat melangkah lebih jauh kehadapan.

Di dalam surah Ar-Rad ayat yang ke-11, Allah berfirman bahawa nasib kita tidak akan berubah selagi kita belum berusaha untuk mengubah nasib kita sendiri. Marilah rakan-rakan.. masanya telah tiba.. berubahlah ke arah yang lebih baik agar hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.. :)

Salam perubahan buat semua...

Wednesday, December 24, 2008

Cinta yang dilupai

.....Mahukah aku tunjukkan kepada kalian sesuatu yang jika kalian lakukan nescaya kalian akan saling mencintai?

Sebarkanlah salam di antara kalian. [Sahih Muslim]

----------------------------------

Salam, greeting, tanya khabar dan yang seangkatan dengannya.. semua ini adalah permulaan yang baik bagi memulakan bicara.. nampak simple.. tapi sememangnya membawa satu kuasa daya penarik..

Hebat.. peristiwa semalam ketika aku jogging telah mengingatkan aku kepada hadis ini.. sewaktu aku melihat orang-orang yang sedang beriadah sambil mengamati keindahan pagi, tiba-tiba aku disapa "pagi" oleh seorang uncle berbangsa cina.. aku tersenyum dan menjawab kembali.. "pagi"..

Haha.. malu aku dibuatnya.. sepatutnya aku yang patut menegurnya dahulu.. tetapi tidak.. hanya memandang dan buat tak endah.. betapa di masa kini kebanyakan orang begitu ego dan hanya menegur orang yang dikenali sahaja.. apalah salahnya jika kita bertanya khabar pada mereka yang berada di sekitar kita.. hehe.. satu teguran yang berharga buat diriku..

Marilah semua.. tanamkan kembali rasa cinta ini.. mari kita yang memulakan.. sebarkanlah salam nescaya kita akan saling cinta menyintai.. :)

Tuesday, December 23, 2008

Kunci Rahsia Penguat Diri...

Umpama sebiji bateri yang hampir habis powernya, maka kuasanya akan semakin melemah dan hilang.. Maka disaat inilah kita perlu mengecasnya kembali agar bateri itu kembali bertenaga dan berfungsi dengan baik..

Begitulah diibaratkan semangat manusia.. sekian lama ianya pasti akan semakin pudar jika tidak disuntikkan dengan tenaga yang dapat memberikannya kuasa, hehe.. Tapi apakah tenaga itu? MOTIVASI.. ya, itulah tenaga penguat bagi setiap manusia..

Betapa dihari ini dapat kita melihat hilangnya kenyakinan diri seseorang individu pada diri sendiri.. betapa lemahnya jati diri yang ada pada diri individu itu akan terserlah dengan melihat perwatakan mereka.. sayang seribu kali sayang..

Motivasi merupakan salah satu kunci rahsia bagi setiap individu untuk terus bangkit dan maju ke hadapan.. hadirnya kekuatan itu bukan hanya dengan angan-angan tetapi ianya perlu sentiasa disuntik dan disemai dalam diri setiap insan..

Betapa kepentingan motivasi ini dipandang remeh bagi sesetengah manusia yang menganggap ianya satu perkara yang melecehkan.. haha.. itulah bukti kurangnya motivasi di dalam diri.. persepsi ini harus kita ubah dengan pandangan yang lebih positif..

Masanya telah tiba.. inilah saatnya kita harus berubah.. hadirkan motivasi dalam diri kita setiap hari agar semangat yang terbina akan terus berkekalan dan memancarkan auranya menerangi alam ini.. hehe..

Salam motivasi

Monday, December 22, 2008

Selembar Cerita Pembuka Bicara :)

Assalamualaikum,

Isnin, 22 Disember 2008, 11:28 PM.. Blog!??.. haha.. sudah sekian lama aku tahu mengenainya.. sudah beratus ajakan memujukku.. namun masih lagi berat untuk aku memulakannya.. Tapi entah mengapa, di saat ini, di malam ini, aku disapa dengan kehadirannya.. mungkin di kala ini ribuan manusia sudah nyenyak di alam mimpi.. mungkin juga sedang bersengkang mata di hadapan tv.. tetapi aku masih lagi berada di opis?? haha.. kelakar.. mana mungkin aku berada di opis jika aku tidak lupa untuk membawa kunci rumahku sewaktu pulang petang tadi.. betapa tersentak hati ini bila sampai di rumah, kunciku tiada.. haha..

Setiap kejadian ada hikmahnya, setiap kesusahan ada jalan pemudahnya, setiap persoalan ada jawapannya dan begitulah selepas setiap hujan pasti ada pelangi yang mewarnai alam :) ..

Salam permulaan buat semua.. semoga blog ku ini akan dapat membantu diriku juga mereka yang membacanya :)

:: Ikhlas dariku ::