Sunday, November 8, 2009

Saturday, August 29, 2009

Kun Fayakun

Film: Kun Fayakun


Kalau kita sakit, ke mana kita datang? Ke dokter..
Kalau kita lapar, apa yang kita cari? Makanan..

Hidup kita kalau punya masalah dan hajat,
Mengapa tidak datang kepada Allah dengan sungguh-sungguh?

Bererti kita tidak mengenal Allah sebaik kita mengenal dokter sewaktu kita sakit..

Jangan ketinggalan untuk menyaksikannya :)

Wednesday, August 26, 2009

Friday, August 7, 2009

Rosak di perjalanan

Selamat pagi Jumaat semua.. Hehe.. Pagi ni banyak perkara yang berlaku..

Rosak di perjalanan, Sebenarnya motor saya yang rosak di tengah jalan.. Hehe.. Tak pasal-pasal motor mati dan tak boleh start.. Apalagi, terpaksa la tolak mencari kedai motor :p

Alhamdulillah, sedang asyik menolak motor, ada juga insan yang simpati menghulurkan bantuan.. Terima kasih abang baju biru :) Sedang menghala ke kedai motor, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.. Basah kuyup la jawabnya.. Hehe..

Post kali ini ditulis semasa sedang menunggu motor siap direpair. Kebetulan kedai motor ni bersebelahan dengan kedai magnum 4D, so memang nampak la orang keluar masuk..

Rosak di perjalanan, Terasa sedih bila melihat ramai orang melayu yang masuk dan beli!! Bahkan yang lebih menyedihkan, datang membawa anak!! Ayah membeli judi, anak tunggu di luar.. Rosak-rosak.. Si ayah menunjukkan tauladan buruk pada si anak!!

Rosak di perjalanan, Sering kita dgr budak-budak remaja minum arak, seks bebas, gejala samseng dan banyak lagi.. Apa nak jadi zaman sekarang??

Mari kita meminta pada Allah agar dihindarkan dari semua penyakit dunia ini. Semoga kita sedar akan kesilapan kita dan kita berusaha untuk merubahnya ke arah yang lebih baik..

Salam Jumaat..

Monday, August 3, 2009

Kemana Menghilang?

“Barangsiapa mengejar dunia, maka dunia akan lari daripadanya dan barangsiapa yang mengejar akhirat, maka dunia akan datang kepadanya”

Tiba-tiba sahaja aku teringat akan kalimah hikmah ini sesudah aku menunaikan solat dhuha. Terima kasih ya Allah kerana mengingatkanku.. Mungkin selama ini aku terlalu ghairah mencari duniawi sehingga lalai akan akhirat.

Lama juga aku tinggalkan blog ini tanpa update.. hehe.. sibuk? Tak ada masa?.. huh, alasan semata-mata.. Orang kata, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Ternyata kemahuan dan semangatku yang kian luntur rupanya.. hehe..

Sempena menghitung Ramadhan yang bakal menjelma ini, aku berdoa kepada Tuhan Yang Esa agar mengembalikan dan menguatkan semangatku yang kian pudar ini. Aku juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf buat semua yang membaca jika ada kesilapan yang aku lakukan kepada kalian..

Moga keberkatan Ramadhan kali ini akan menjadikan kita insan yang hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.

Salam permulaan (",)

Saturday, May 9, 2009

D.U.I.T

“Percayakah anda bahawa untuk berjaya, kita memerlukan DUIT?”

DUIT, sebut sahaja perkataan ini, semua fikiran akan memikirkan wang.. hehe.. Tulisan kali ini bukan soal wang, tetapi adalah soal resepi kejayaan :)

Di kesempatan kali ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai resepi kejayaan DUIT ini. Resepi ini telah saya dapat dan amalkan semenjak di bangku sekolah sehinggalah sekarang. Alhamdulillah, resepi ini jugalah yang saya gunakan untuk menaikkan kembali semangat adik-adik kita yang sedang tekun belajar untuk mencapai kecemerlangan :)

Sebagai permulaan resepi ini, saya akan mulakan dengan huruf pertama iaitu D. Huruf D adalah mewakili perkataan Doa. Ya, doa :) Untuk Berjaya, kita perlu ingat kepada sang Maha Pencipta. KepadaNya-lah kita meminta dan kepadanyalah kita bermohon. Tahukah kita bahawa doa adalah senjata orang mukmin? Gunakanlah doa ini sebagai senjata untuk kita menempa kejayaaan.

Seterusnya huruf U. Huruf U mewakili perkataan Usaha. Untuk Berjaya, doa perlulah diiringi dengan usaha. Tanpa usaha, kita tidak akan mendapat apa-apa. Bayangkan kita mahu mendapat keputusan yang cemerlang. Kalau kita hanya mengharap dan meminta keputusan itu datang, pasti sampai bila-bila kita akan gagal.. hehe.. kita perlu membuka buku, belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.. Inilah yang dikatakan usaha.

Huruf I mewakili perkataan Ikhtiar. Selepas kita berdoa dan berusaha, kita mesti berikhtiar untuk memastikan usaha yang kita lakukan tadi benar-benar adalah cara yang terbaik untuk kita berjaya. Walaupun seorang pelajar membaca buku siang dan malam, belum tentu usahanya itu akan membolehkannya berjaya. Sebab itulah kita memerlukan ikhtiar. Antara ikhtiar yang boleh dilakukan oleh pelajar ini adalah dengan berbincang bersama rakan, bertanya kepada guru, membuat peta minda dan lain-lain lagi. Yang penting, ikhtiar ini perlu selaras dengan doa dan usaha kita.

Dan yang terakhir adalah huruf T. Huruf T ini mewakili perkataan Tawakal. Setelah kita berdoa, berusaha dan berikhtiar, maka serahkanlah semuanya kepada kehendakNya. Bertawakal lah kita kepadanya kerana kita telah melakukan yang terbaik untuk berjaya. Apapun keputusan yang kita dapat, kita pasti akan menerimanya dengan hati yang terbuka kerana kita telah menggunakan resepi DUIT ini.

So, bagi rakan-rakan dan para pembaca sekalian, cubalah anda praktikkan resepi ini. InsyaAllah sedikit sebanyak ia pasti akan dapat membantu anda dalam setiap apa yang anda inginkan.

Selamat mencuba :)

Sunday, April 19, 2009