Saturday, May 9, 2009

D.U.I.T

“Percayakah anda bahawa untuk berjaya, kita memerlukan DUIT?”

DUIT, sebut sahaja perkataan ini, semua fikiran akan memikirkan wang.. hehe.. Tulisan kali ini bukan soal wang, tetapi adalah soal resepi kejayaan :)

Di kesempatan kali ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai resepi kejayaan DUIT ini. Resepi ini telah saya dapat dan amalkan semenjak di bangku sekolah sehinggalah sekarang. Alhamdulillah, resepi ini jugalah yang saya gunakan untuk menaikkan kembali semangat adik-adik kita yang sedang tekun belajar untuk mencapai kecemerlangan :)

Sebagai permulaan resepi ini, saya akan mulakan dengan huruf pertama iaitu D. Huruf D adalah mewakili perkataan Doa. Ya, doa :) Untuk Berjaya, kita perlu ingat kepada sang Maha Pencipta. KepadaNya-lah kita meminta dan kepadanyalah kita bermohon. Tahukah kita bahawa doa adalah senjata orang mukmin? Gunakanlah doa ini sebagai senjata untuk kita menempa kejayaaan.

Seterusnya huruf U. Huruf U mewakili perkataan Usaha. Untuk Berjaya, doa perlulah diiringi dengan usaha. Tanpa usaha, kita tidak akan mendapat apa-apa. Bayangkan kita mahu mendapat keputusan yang cemerlang. Kalau kita hanya mengharap dan meminta keputusan itu datang, pasti sampai bila-bila kita akan gagal.. hehe.. kita perlu membuka buku, belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.. Inilah yang dikatakan usaha.

Huruf I mewakili perkataan Ikhtiar. Selepas kita berdoa dan berusaha, kita mesti berikhtiar untuk memastikan usaha yang kita lakukan tadi benar-benar adalah cara yang terbaik untuk kita berjaya. Walaupun seorang pelajar membaca buku siang dan malam, belum tentu usahanya itu akan membolehkannya berjaya. Sebab itulah kita memerlukan ikhtiar. Antara ikhtiar yang boleh dilakukan oleh pelajar ini adalah dengan berbincang bersama rakan, bertanya kepada guru, membuat peta minda dan lain-lain lagi. Yang penting, ikhtiar ini perlu selaras dengan doa dan usaha kita.

Dan yang terakhir adalah huruf T. Huruf T ini mewakili perkataan Tawakal. Setelah kita berdoa, berusaha dan berikhtiar, maka serahkanlah semuanya kepada kehendakNya. Bertawakal lah kita kepadanya kerana kita telah melakukan yang terbaik untuk berjaya. Apapun keputusan yang kita dapat, kita pasti akan menerimanya dengan hati yang terbuka kerana kita telah menggunakan resepi DUIT ini.

So, bagi rakan-rakan dan para pembaca sekalian, cubalah anda praktikkan resepi ini. InsyaAllah sedikit sebanyak ia pasti akan dapat membantu anda dalam setiap apa yang anda inginkan.

Selamat mencuba :)

2 comments:

Lanz™ said...

DUIT perlu untuk buat duit.

Anonymous said...

betul ke dengan OD ASB boleh dapat duit kawin free?

boleh tlg cite sket x camne?

tq...


-wanaz-