Friday, August 7, 2009

Rosak di perjalanan

Selamat pagi Jumaat semua.. Hehe.. Pagi ni banyak perkara yang berlaku..

Rosak di perjalanan, Sebenarnya motor saya yang rosak di tengah jalan.. Hehe.. Tak pasal-pasal motor mati dan tak boleh start.. Apalagi, terpaksa la tolak mencari kedai motor :p

Alhamdulillah, sedang asyik menolak motor, ada juga insan yang simpati menghulurkan bantuan.. Terima kasih abang baju biru :) Sedang menghala ke kedai motor, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.. Basah kuyup la jawabnya.. Hehe..

Post kali ini ditulis semasa sedang menunggu motor siap direpair. Kebetulan kedai motor ni bersebelahan dengan kedai magnum 4D, so memang nampak la orang keluar masuk..

Rosak di perjalanan, Terasa sedih bila melihat ramai orang melayu yang masuk dan beli!! Bahkan yang lebih menyedihkan, datang membawa anak!! Ayah membeli judi, anak tunggu di luar.. Rosak-rosak.. Si ayah menunjukkan tauladan buruk pada si anak!!

Rosak di perjalanan, Sering kita dgr budak-budak remaja minum arak, seks bebas, gejala samseng dan banyak lagi.. Apa nak jadi zaman sekarang??

Mari kita meminta pada Allah agar dihindarkan dari semua penyakit dunia ini. Semoga kita sedar akan kesilapan kita dan kita berusaha untuk merubahnya ke arah yang lebih baik..

Salam Jumaat..

2 comments:

Noli said...

moga kt tdk rosak di perjalanan..amin amin..

selamat berposer najib,0-0 yer..hehe

jem said...

najib, tolong kurangkan advertisement kat tepi nie... susah nak baca.....

p/s: ke ada cara nak hide icon nie??? huhu sesungguhnya aku tidak tahu...