Wednesday, December 24, 2008

Cinta yang dilupai

.....Mahukah aku tunjukkan kepada kalian sesuatu yang jika kalian lakukan nescaya kalian akan saling mencintai?

Sebarkanlah salam di antara kalian. [Sahih Muslim]

----------------------------------

Salam, greeting, tanya khabar dan yang seangkatan dengannya.. semua ini adalah permulaan yang baik bagi memulakan bicara.. nampak simple.. tapi sememangnya membawa satu kuasa daya penarik..

Hebat.. peristiwa semalam ketika aku jogging telah mengingatkan aku kepada hadis ini.. sewaktu aku melihat orang-orang yang sedang beriadah sambil mengamati keindahan pagi, tiba-tiba aku disapa "pagi" oleh seorang uncle berbangsa cina.. aku tersenyum dan menjawab kembali.. "pagi"..

Haha.. malu aku dibuatnya.. sepatutnya aku yang patut menegurnya dahulu.. tetapi tidak.. hanya memandang dan buat tak endah.. betapa di masa kini kebanyakan orang begitu ego dan hanya menegur orang yang dikenali sahaja.. apalah salahnya jika kita bertanya khabar pada mereka yang berada di sekitar kita.. hehe.. satu teguran yang berharga buat diriku..

Marilah semua.. tanamkan kembali rasa cinta ini.. mari kita yang memulakan.. sebarkanlah salam nescaya kita akan saling cinta menyintai.. :)

3 comments:

Lanz™ said...

pagi..slmt tengahari jib. nanti ada masa ketika aku join jog..nk tmbh stamina!

Noli said...

salam najib =)

fasniuka said...

lanz : masih menanti masamu itu :p

Noli : salam jua ku ucapkan :)