Tuesday, March 10, 2009

Kau Dirimu..





Saat kau melihat mereka kesunyian,
Saat kau melihat mereka ketakutan,
Saat kau melihat mereka kesedihan,
Saat kau melihat mereka kesusahan,

Hadirkanlah dirimu menemani mereka,
Hadirkanlah dirimu menenangkan mereka,
Hadirkanlah dirimu menghiburkan mereka,
Hadirkanlah dirimu membantu mereka,

Biarpun kau turut kesunyian,
Biarpun kau turut ketakutan,
Biarpun kau turut kesedihan,
Biarpun kau turut kesusahan,

Relakanlah dirimu bersama menemani mereka,
Relakanlah dirimu berani menenangkan mereka,
Relakanlah dirimu sudi menghiburkan mereka,
Relakanlah dirimu tabah membantu mereka,

Kerana kau mampu membuat perubahan,
Kerana kau mampu menahan tangisan,
Kerana kau mampu memberi senyuman,
Kerana kau mampu membawa kebahagiaan.

- Salam Ikhlas.

5 comments:

Anonymous said...

alhamdullilah... sejuk skit hati setelah membacanya......

Anonymous said...

semakin jauh menyusur matahari
semakin aku hilang arah tuju ku
mana yang intan, permata atau kaca
miski pun intan bayang nya jua tak berwajah

sila beri komen dan pandangan skit =)

Lanz™ said...

Kerana KAU!!! Nice jib!!

fasniuka said...

kelipKelip:
Masih ada masa untuk kita berubah ke arah yg lebih baik :)

Menyusur@Matahari:
kalau tak silap, ni lagu amuk kan? Hehe.. Cuma baris ke-3 tu lain sikit..

komen tentang lirik ni:

Tentang seseorang yang sedang mencari sesuatu. Dalam pencariannya, dia terus menyusur matahari, sedangkan matahari itu begitu silau dan panas. Sebab itulah makin disusuri, makin hilang arah tuju. Walaupun berjumpa/bertemu dengan pelbagai jawapan, tetap tidak berguna kerana matahari itu begitu menyilaukan.

pandangan tentang lirik ni:

Daripada terus menyusur matahari, lebih baik kita yang menjadi matahari. Maksudnya, daripada kita mengharapkan orang lain, lebih baik kita percaya kepada diri sendiri. Jadilah kita umpama matahari yang memancarkan cahaya terang benderang menerangi alam ini. Bahkan menjadi pembimbing buat yang memerlukan. Bila keyakinan itu datang, tidak kira intan, permata ataupun kaca, semuanya akan dapat kita hadapi dengan tabah.

Anonymous said...

=]