Tuesday, January 13, 2009

Masalah vs Cabaran

Setiap orang pasti pernah berdepan dengan masalah. Ada masalah yang mudah diselesaikan dan ada juga masalah yang sukar untuk diselesaikan. Apapun, kita pasti dapat belajar sesuatu dari setiap masalah yang kita hadapi.

Mari bermain dengan masalah :)..

Apa itu masalah? Satu topik yang menarik untuk dibahaskan.. haha.. kalau dilihat dari segi ejaan, seolah-olah kita dapat memisahkan masa dan lah.. contohnya, inilah, dialah, itulah, apalah, dan lain2.. Jadi masalah dapat disimpulkan sebagai sesuatu yang merujuk kepada masa itu sendiri.. masa+lah.. haha

Abaikan petikan di atas, haha.. masalah sebenarnya adalah suatu perkara yang kita anggap susah buat kita. Suatu perkara yang boleh memberikan tekanan kepada kita. Dengan kata lain, masalah adalah suatu perkara yang kita tidak suka.

Apa pula kaitannya dengan cabaran? bukankah masalah dengan cabaran itu sama? Pernah anda terfikir tentang perkara ini? haha.. sudah tentu ada perbezaan di antara masalah dan cabaran.. lihat ejaan pun dah tahu.. kan beza tu hurufnya.. haha :)

Berbeza dengan masalah, cabaran merupakan suatu perkara yang sukar tapi tidak dirasakan beban bagi kita.. malah ada yang menganggap bahawa cabaran adalah suatu perkara yang seronok untuk dihadapi dan diselesaikan.. contohnya seorang pelajar membuat latihan matematik. walaupun susah, semua soalan yang datang dianggap sebagai cabaran untuk diselesaikan bahkan seronok untuk diselesaikan..

Ibarat permainan merintasi halangan, semua halangan adalah cabaran yang perlu dihadapi.. mengapa kita tidak mengatakan bahawa rintangan dan halangan itu adalah suatu masalah? bukankah ianya juga sukar buat kita? haha

Menarik bukan? mengapa ada orang yang hidupnya penuh dengan keserabutan masalah dan ada pula yang kelihatan seolah-olah tiada masalah langsung.. asyik tersenyum je.. haha

Disinilah letaknya perbezaan pemikiran kita :). Ada orang menganggap suatu perkara itu masalah bagi mereka.. ada pula yang menganggap perkara yang sama bukan masalah tetapi cabaran.. berbeza bukan? haha

Sememangnya, hidup kita tidak akan sentiasa senang. Kita pasti akan diuji dan diduga dengan pelbagai dugaan. Tinggal saja kita menyingkapi bahawa ujian ini adalah suatu masalah ataupun suatu cabaran..

Marilah kita berfikir sejenak.. masanya telah tiba untuk kita ubah corak pemikiran kita.. janganlah kita membebankan diri kita dengan masalah.. Tukarlah ia kepada cabaran yang perlu kita selesaikan.. dengan itu kita akan sentiasa lebih bersemangat dan lebih positif untuk maju kehadapan..

Salam cabaran :)

4 comments:

Lanz™ said...

Masalah2...huhu!!

me said...

ehem..ehem..rumors kamu akan terbang betulkah? masalah2 hehe..

p/s : mahu pesan kain sari =P

fasniuka said...

lanz: cabaran tu...

asha: ni kali keempat cancel.. boleh pecah rekod ni.. hehe

Anonymous said...

Menarik bukan? mengapa ada orang yang hidupnya penuh dengan keserabutan masalah dan ada pula yang kelihatan seolah-olah tiada masalah langsung.. asyik TERSENYUM je.. haha <----ni kutuk aku ke apa ni :p