Sunday, January 18, 2009

Blog kawan-kawan

Setiap yang bermula, pasti ada akhirnya.. itulah yang kita katakan ~A journey of life~.

Dalam mengharungi hidup ini, kita akan bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang suka [Digitalized Me]™ dan ada pula yang suka Time Captured.

Ragam manusia inilah yang membuatkan Friendship at it's best. Bukan lagi hanya sekadar It's All About Me, tapi it's all about us, kan best :).

Bila dah ramai kawan, boleh la kita Angler's yang best-best. Tapi kena ingat, Required field must not be left blank, kena ada ilmu.

..memenuH ilmu di dada adalah satu kemestian untuk mencapai kejayaan. Dengan ilmu, kita akan senang. Bak kata orang ...the moments of e@zy...

Walaupun begitu, kita mesti ingat bahawa Dia sentiasa dekat dan Dia melihatmu~~

Oleh itu, marilah kita berubah ke arah yang lebih baik. Masanya telah tiba untuk kita maju kehadapan.

Berubahlah agar Berita Dari Ombak yang kita dengar itu adalah berita-berita yang gembira.

Salam bloggers..

Tuesday, January 13, 2009

Masalah vs Cabaran

Setiap orang pasti pernah berdepan dengan masalah. Ada masalah yang mudah diselesaikan dan ada juga masalah yang sukar untuk diselesaikan. Apapun, kita pasti dapat belajar sesuatu dari setiap masalah yang kita hadapi.

Mari bermain dengan masalah :)..

Apa itu masalah? Satu topik yang menarik untuk dibahaskan.. haha.. kalau dilihat dari segi ejaan, seolah-olah kita dapat memisahkan masa dan lah.. contohnya, inilah, dialah, itulah, apalah, dan lain2.. Jadi masalah dapat disimpulkan sebagai sesuatu yang merujuk kepada masa itu sendiri.. masa+lah.. haha

Abaikan petikan di atas, haha.. masalah sebenarnya adalah suatu perkara yang kita anggap susah buat kita. Suatu perkara yang boleh memberikan tekanan kepada kita. Dengan kata lain, masalah adalah suatu perkara yang kita tidak suka.

Apa pula kaitannya dengan cabaran? bukankah masalah dengan cabaran itu sama? Pernah anda terfikir tentang perkara ini? haha.. sudah tentu ada perbezaan di antara masalah dan cabaran.. lihat ejaan pun dah tahu.. kan beza tu hurufnya.. haha :)

Berbeza dengan masalah, cabaran merupakan suatu perkara yang sukar tapi tidak dirasakan beban bagi kita.. malah ada yang menganggap bahawa cabaran adalah suatu perkara yang seronok untuk dihadapi dan diselesaikan.. contohnya seorang pelajar membuat latihan matematik. walaupun susah, semua soalan yang datang dianggap sebagai cabaran untuk diselesaikan bahkan seronok untuk diselesaikan..

Ibarat permainan merintasi halangan, semua halangan adalah cabaran yang perlu dihadapi.. mengapa kita tidak mengatakan bahawa rintangan dan halangan itu adalah suatu masalah? bukankah ianya juga sukar buat kita? haha

Menarik bukan? mengapa ada orang yang hidupnya penuh dengan keserabutan masalah dan ada pula yang kelihatan seolah-olah tiada masalah langsung.. asyik tersenyum je.. haha

Disinilah letaknya perbezaan pemikiran kita :). Ada orang menganggap suatu perkara itu masalah bagi mereka.. ada pula yang menganggap perkara yang sama bukan masalah tetapi cabaran.. berbeza bukan? haha

Sememangnya, hidup kita tidak akan sentiasa senang. Kita pasti akan diuji dan diduga dengan pelbagai dugaan. Tinggal saja kita menyingkapi bahawa ujian ini adalah suatu masalah ataupun suatu cabaran..

Marilah kita berfikir sejenak.. masanya telah tiba untuk kita ubah corak pemikiran kita.. janganlah kita membebankan diri kita dengan masalah.. Tukarlah ia kepada cabaran yang perlu kita selesaikan.. dengan itu kita akan sentiasa lebih bersemangat dan lebih positif untuk maju kehadapan..

Salam cabaran :)

Monday, January 5, 2009

Ketahuilah wahai saudaraku… Gaza Menangis!!

Bayangkan disuatu hari perompak masuk ke rumah kita, merampas segala harta, memukul dan membuat sesuka hatinya..

Dengan perasaan marah memuncak, kita bangkit dan melawan perompak itu untuk menyelamatkan rumah dan keluarga kita..

Tetapi kemudian kita yang dipersalahkan, dikatakan “terrorist” kerana menyerang perompak, dikatakan kejam kerana melawan!!?? Hey, ini rumah kita!!

Nah, tidak adil bukan?? Inilah yang berlaku kepada saudara Islam kita di Palestin.. Israel telah menceroboh Palestin, merampas tanah dan kawasan, membina tembok2 pemisah dan menyerang orang2 Palestin.

Apa yang terjadi kepada orang2 Palestin? Mereka bangkit mempertahankan tanah air tetapi digelar terrorist.. Walaupun hanya bersenjatakan batu, mereka lawan askar yang bersenjata lengkap.. Siapakah terrorist yang sebenar? Siapakah yang datang dan merampas tanah Palestin??

“Ketahuilah wahai umat Islam bahawa Palestin adalah tanah wakaf umat Islam!! Ini bukan masalah Negara Palestin!! Tapi ini adalah masalah umat ISLAM.. Bangkit dan sedarlah!!”
---------------------
AMERIKA RESTU ISRAEL???
– Tajuk muka hadapan Mingguan Malaysia Ahad, 4 Januari 2009!!

Apa yang dapat kita simpulkan?? Tepuk dada, tanyalah hati..

---------------------

Apa peranan kita?? Kita bukanlah superhero yang mempunyai kuasa juga bukan pemimpin yang menguasai dunia.. Tetapi kita adalah orang2 yang yakin dengan janji-janjiNya, mengharap hanya padaNya..

Marilah kita meluangkan sejenak masa, berdoa kepada Allah agar menyelamatkan saudara kita di Gaza bahkan di seluruh dunia..

“Ya Allah, bantulah saudara kami di Gaza, kuatkanlah mereka, tenangkanlah mereka dan berilah kemenangan kepada mereka. Hancurkanlah musuh-musuh Islam ya Allah. Tanamkanlah ketakutan pada musuh2 Islam ya Allah” Amin.

Prihatinlah wahai saudaraku.. bacalah doa qunut nazilah, boikotlah barangan Israel, luangkan masamu untuk saudara kita yang menderita..

Friday, January 2, 2009

Be Positive (^_^)

Positive Thinking!! Alhamdulillah dan terima kasih kepada sahabatku kerana telah memperkenalkan aku kepada sikap positif.. Seharusnya sikap positif ini perlu dibina dan dipupuk di dalam diri kita secara berterusan untuk membuahkan hasil.

Memetik kata-kata Dr. Fadzilah Kamsah, “..menurut kajian, 100 fikiran negatif, dapat diatasi dengan hanya 1 fikiran positif”. Wah, luarbiasa.. Pernahkah kita fikirkan tentang perkara ini?

Bila kita mengenang kembali setiap peristiwa yang berlaku, maka kita akan dapat melihat bahawa ternyata fikiran negatif itu dapat diatasi dengan fikiran positif.. Renung-renungkan dan berfikirlah sejenak.. betapa selama ini fikiran positif telah banyak membantu kita :)

Jika selama ini kita lupa akan kehadirannya, maka di saat inilah, mari kita hidupkan kembali “Positive Thinking”. Masanya telah tiba untuk kita maju kehadapan.. Positiflah dan engkau akan lebih yakin dengan dirimu..

Ibarat air yang keruh di dalam segelas kaca, jika sentiasa dicurahkan dengan air jernih, lama-kelamaan ianya pasti akan menjadi jernih.

Hadirkanlah fikiran positif dalam diri kita, yakinlah dengan kemampuan kita. Sesungguhnya, setiap kita mampu membuat sesuatu yang hebat kerana kita sememangnya manusia hebat!!

Salam positif buat semua :)

Di manakah engkau..

Masih ku ingat suatu masa dahulu, betapa gembiranya engkau mengharungi hari-harimu..
Di manakah engkau wahai Kegembiraan?

Sungguh kau begitu bersemangat memerah segala tenaga siang dan malam tanpa jemu dan bosan..
Di manakah engkau wahai Semangat?

Tidak kira senang ataupun susah, kau sentiasa bersedia dan melakukan semuanya dengan penuh senyuman..
Di manakah engkau wahai Senyuman?

Kau disenangi kerana rajin membantu, menolong semua selagi terdaya..
Di manakah engkau wahai Kerajinan?

Ujian mendatang kau hadapi, penuh ketabahan kau sertakan hingga berjaya jua akhirnya..
Di manakah engkau wahai Ketabahan?


" KAMI MASIH LAGI BERSAMAMU, PEJAMKANLAH MATAMU, BICARALAH DIHATIMU, KAMI MASIH DISINI MENANTI DIRIMU "

Kini semuanya terjawab, sesungguhnya kamu semua amat dekat dengan diriku.. tinggal saja aku memanggilmu..

Marilah wahai Kegembiraan, Marilah wahai Semangat, Marilah wahai Senyuman, Marilah wahai Kerajinan, Marilah wahai Ketabahan, Marilah semuanya, Sungguh aku merinduimu..

- Mereka sentiasa disisimu, gunalah ia agar tidak dilupakan -

Salam pencarian :)