Sunday, November 8, 2009
Saturday, August 29, 2009
Kun Fayakun
Kalau kita sakit, ke mana kita datang? Ke dokter..
Kalau kita lapar, apa yang kita cari? Makanan..
Hidup kita kalau punya masalah dan hajat,
Mengapa tidak datang kepada Allah dengan sungguh-sungguh?
Bererti kita tidak mengenal Allah sebaik kita mengenal dokter sewaktu kita sakit..
Jangan ketinggalan untuk menyaksikannya :)
Wednesday, August 26, 2009
Friday, August 7, 2009
Rosak di perjalanan
Rosak di perjalanan, Sebenarnya motor saya yang rosak di tengah jalan.. Hehe.. Tak pasal-pasal motor mati dan tak boleh start.. Apalagi, terpaksa la tolak mencari kedai motor :p
Alhamdulillah, sedang asyik menolak motor, ada juga insan yang simpati menghulurkan bantuan.. Terima kasih abang baju biru :) Sedang menghala ke kedai motor, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.. Basah kuyup la jawabnya.. Hehe..
Post kali ini ditulis semasa sedang menunggu motor siap direpair. Kebetulan kedai motor ni bersebelahan dengan kedai magnum 4D, so memang nampak la orang keluar masuk..
Rosak di perjalanan, Terasa sedih bila melihat ramai orang melayu yang masuk dan beli!! Bahkan yang lebih menyedihkan, datang membawa anak!! Ayah membeli judi, anak tunggu di luar.. Rosak-rosak.. Si ayah menunjukkan tauladan buruk pada si anak!!
Rosak di perjalanan, Sering kita dgr budak-budak remaja minum arak, seks bebas, gejala samseng dan banyak lagi.. Apa nak jadi zaman sekarang??
Mari kita meminta pada Allah agar dihindarkan dari semua penyakit dunia ini. Semoga kita sedar akan kesilapan kita dan kita berusaha untuk merubahnya ke arah yang lebih baik..
Salam Jumaat..
Monday, August 3, 2009
Kemana Menghilang?
Tiba-tiba sahaja aku teringat akan kalimah hikmah ini sesudah aku menunaikan solat dhuha. Terima kasih ya Allah kerana mengingatkanku.. Mungkin selama ini aku terlalu ghairah mencari duniawi sehingga lalai akan akhirat.
Lama juga aku tinggalkan blog ini tanpa update.. hehe.. sibuk? Tak ada masa?.. huh, alasan semata-mata.. Orang kata, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Ternyata kemahuan dan semangatku yang kian luntur rupanya.. hehe..
Sempena menghitung Ramadhan yang bakal menjelma ini, aku berdoa kepada Tuhan Yang Esa agar mengembalikan dan menguatkan semangatku yang kian pudar ini. Aku juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf buat semua yang membaca jika ada kesilapan yang aku lakukan kepada kalian..
Moga keberkatan Ramadhan kali ini akan menjadikan kita insan yang hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.
Salam permulaan (",)
Saturday, May 9, 2009
D.U.I.T
DUIT, sebut sahaja perkataan ini, semua fikiran akan memikirkan wang.. hehe.. Tulisan kali ini bukan soal wang, tetapi adalah soal resepi kejayaan :)
Di kesempatan kali ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai resepi kejayaan DUIT ini. Resepi ini telah saya dapat dan amalkan semenjak di bangku sekolah sehinggalah sekarang. Alhamdulillah, resepi ini jugalah yang saya gunakan untuk menaikkan kembali semangat adik-adik kita yang sedang tekun belajar untuk mencapai kecemerlangan :)
Sebagai permulaan resepi ini, saya akan mulakan dengan huruf pertama iaitu D. Huruf D adalah mewakili perkataan Doa. Ya, doa :) Untuk Berjaya, kita perlu ingat kepada sang Maha Pencipta. KepadaNya-lah kita meminta dan kepadanyalah kita bermohon. Tahukah kita bahawa doa adalah senjata orang mukmin? Gunakanlah doa ini sebagai senjata untuk kita menempa kejayaaan.
Seterusnya huruf U. Huruf U mewakili perkataan Usaha. Untuk Berjaya, doa perlulah diiringi dengan usaha. Tanpa usaha, kita tidak akan mendapat apa-apa. Bayangkan kita mahu mendapat keputusan yang cemerlang. Kalau kita hanya mengharap dan meminta keputusan itu datang, pasti sampai bila-bila kita akan gagal.. hehe.. kita perlu membuka buku, belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.. Inilah yang dikatakan usaha.
Huruf I mewakili perkataan Ikhtiar. Selepas kita berdoa dan berusaha, kita mesti berikhtiar untuk memastikan usaha yang kita lakukan tadi benar-benar adalah cara yang terbaik untuk kita berjaya. Walaupun seorang pelajar membaca buku siang dan malam, belum tentu usahanya itu akan membolehkannya berjaya. Sebab itulah kita memerlukan ikhtiar. Antara ikhtiar yang boleh dilakukan oleh pelajar ini adalah dengan berbincang bersama rakan, bertanya kepada guru, membuat peta minda dan lain-lain lagi. Yang penting, ikhtiar ini perlu selaras dengan doa dan usaha kita.
Dan yang terakhir adalah huruf T. Huruf T ini mewakili perkataan Tawakal. Setelah kita berdoa, berusaha dan berikhtiar, maka serahkanlah semuanya kepada kehendakNya. Bertawakal lah kita kepadanya kerana kita telah melakukan yang terbaik untuk berjaya. Apapun keputusan yang kita dapat, kita pasti akan menerimanya dengan hati yang terbuka kerana kita telah menggunakan resepi DUIT ini.
So, bagi rakan-rakan dan para pembaca sekalian, cubalah anda praktikkan resepi ini. InsyaAllah sedikit sebanyak ia pasti akan dapat membantu anda dalam setiap apa yang anda inginkan.
Selamat mencuba :)
Sunday, April 19, 2009
Sunday, April 12, 2009
Si kecil itu..
Telatah si kecil itu membuat aku terfikir beberapa perkara..
tidak berputus asa.. ya, sejak kecil lagi sikap ini sudah ada pada kita.. buktinya, kita mampu berjalan pada hari ini biarpun kita juga terjatuh berkali-kali sewaktu kecil dahulu..
tekad dan kesabaran.. biar apapun yang kita lakukan, tanamlah tekad untuk mencapai matlamat dan iringilah ia dengan kesabaran..
ketawa dan senyum.. walaupun jatuh, si kecil ini sentiasa tertawa.. mungkin inilah motivasi yang mendorong kita untuk terus mencuba..
Buat semua pembaca, teruslah maju kehadapan. Kita mampu berubah kearah yang lebih baik. Yakinlah pada kebolehan diri sendiri :)
Salam maju jaya.
Thursday, March 26, 2009
Friday, March 13, 2009
Serikanlah hidupmu
Tuesday, March 10, 2009
Kau Dirimu..
Sunday, March 8, 2009
Dan tersenyumlah..
Thursday, March 5, 2009
Kotak Hikmat
Memang sukar untuk mempercayainya, bahkan aku juga ragu-ragu akan kebenarannya.. mana mungkin kandungan sebuah kotak dapat menyelesaikan semua masalah?? Haha.. aku hanya tersenyum.. tetapi, setelah aku memegang kotak itu, aku buka dengan hati yang berdebar dan aku lihat kandungannya, persepsi aku berubah, akal aku membenarkannya dan hatiku tersentuh..
Benarkah ianya wujud?
Saat itu masih segar di ingatanku.. ketika aku darjah empat, menghadiri satu program motivasi anjuran sekolah bagi membentuk generasi pintar cemerlang :p
Pada waktu ini, ingin aku berkongsi dengan semua pembaca, apakah rahsia yang terkandung di dalam kotak hikmat itu sehingga ianya begitu hebat mampu menyelesaikan pelbagai masalah.. sebelum itu, ingin aku jelaskan bahawa kotak hikmat ini bukan dongengan atau angan-angan.. ia memang sebuah kotak.. benar-benar sebuah kotak.. kotak hikmat..
Perlahan-lahan aku membukanya, mencari rahsia bagi semua masalah.. kosong?? Haha.. tentulah tidak.. ada dua benda di dalam kotak hikmat itu.. dua benda yang mana ternyata benar dapat menyelesaikan masalah kita.. Sekeping kertas dan juga sekeping cermin yang dilekatkan di dasarnya..
Aku membaca tulisan itu.. “Percayalah, kunci bagi semua masalah ada pada orang ini” dan aku melihat cermin itu.. aku nampak wajahku.. Ah! Aku tersentak.. kubaca dan kulihat berulang kali.. benar.. akulah jawapannya.. akulah rahsianya.. DIRI SENDIRI..
Percaya atau tidak, kebanyakan masalah yang kita hadapi berpunca dari diri kita sendiri.. yang lebih menarik, segala penyelesaiannya ada pada kita!! Tinggal sahaja kita melakukannya.. anda sakit? Makanlah ubat.. anda rasa bersalah? Segeralah meminta maaf.. anda tension? Rehatkanlah minda.. anda terumbang-ambing? Carilah panduan.. anda kesusahan? Mintalah bantuan…
Diri sendiri.. kitalah yang mencorakkan kehidupan kita.. kitalah yang membuat pilihan dalam kehidupan.. dan kita jugalah yang menentukan masa depan kita..
Terima kasih kotak hikmat.. engkau menyedarkanku..
Wednesday, February 25, 2009
Friday, February 6, 2009
Buku manual itu....
Teringat akan kata-kata sahabatku, "..ketika kau begitu sibuk sehingga tiada masa yang kau dapat luangkan untuk membaca Al-Quran, maka ambillah Al-Quran itu, letakkannya di dadamu dan berbicaralah padanya, wahai Al-Quran, maafkan aku kerana aku tidak dapat meluangkan masa bersamamu. Pejamkanlah matamu, ingatkan saat kau membacanya dan berazamlah bahawa kau akan mencari masa dan membacanya..."
Salam cinta buat semua :)
Monday, February 2, 2009
Inilah Kehidupan
The Zikr - Inilah Kehidupan Kesenangan yang datang tak akan selamanya Begitulah selepas susah ada kesenangan Seperti selepas malam datangnya siang Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan Gunakan kesempatan untuk kebaikan Sebelum segalanya terlepas dari genggaman Kelak menyesal nanti tak berkesudahan Apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa Jangan difikir derita akan berpanjangan Kelak akan membawa putus asa pada tuhan Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali Ujian adalah tarbiyyah dari Allah Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya Kesenangan yang datang selepas kesusahan Semuanya adalah nikmat dari tuhan | Setiap kejadian, ada hikmahnya. Begitulah pula pada setiap kesusahan, pasti ada kesenangan :). Lagu ini merupakan salah satu daripada lagu yang sentiasa aku dengar ketika dalam kesusahan dan kesulitan. Betapa selama ini kita lupa bahawa ujian Allah itu pasti datang untuk menduga kita. Tinggal saja kita sabar atau sebaliknya :). Alhamdulillah, aku telah 'bertemu' dengan lagu ini ketika aku masih kecil lagi. Pertama kali mendengarnya, terus membuat aku 'jatuh cinta' pada liriknya. Setiap bait-baitnya memberikan nasihat yang amat berharga juga mengajar kita untuk sentiasa sabar dalam kehidupan. Inilah Kehidupan. Tajuknya saja telah memberikan kita satu makna yang mudah difahami. Bagi setiap makhluk, kehidupan itu adalah satu perjalanan yang pasti ditempuh. Dan pada perjalanan ini, akan ada kesusahan dan kesenangan yang disediakan. Buat semua sahabat, hayatilah lagu ini. Gunakanlah kesempatan yang diberikan untuk mengenal lagu ini. Mungkin anda bukan peminat nasyid, bukan jua seorang yang suka mendengarnya, tetapi berilah jiwa anda satu peluang. Jika lagu-lagu barat itu begitu mudah memasuki jiwamu, apalah salahnya jika kau memberikan peluang buat jiwamu merasai satu kelainan.Masanya telah tiba untuk kita menyedari hakikat kehidupan. Luangkan sedikit dari waktu yang diberikan kepada kita untuk menghayatinya. Buat mereka yang sentiasa sedih, berdukacita dan buntu dalam kehidupan, janganlah dikau berputus asa. Bangkitlah dari angan-anganmu dan sedarlah bahawa masih begitu banyak perkara yang boleh kau terokai. Betapa indahnya dunia ini jika kau mengerti. Ingatlah bahawa kita bukan gagal, tetapi kita cuma masih belum berjaya. Hayunkanlah kakimu melangkah kehadapan, pasti ada kesenangan sedang menantimu :). Salam Kehidupan. |
Sunday, January 18, 2009
Blog kawan-kawan
Dalam mengharungi hidup ini, kita akan bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang suka [Digitalized Me]™ dan ada pula yang suka Time Captured.
Ragam manusia inilah yang membuatkan Friendship at it's best. Bukan lagi hanya sekadar It's All About Me, tapi it's all about us, kan best :).
Bila dah ramai kawan, boleh la kita Angler's yang best-best. Tapi kena ingat, Required field must not be left blank, kena ada ilmu.
..memenuH ilmu di dada adalah satu kemestian untuk mencapai kejayaan. Dengan ilmu, kita akan senang. Bak kata orang ...the moments of e@zy...
Walaupun begitu, kita mesti ingat bahawa Dia sentiasa dekat dan Dia melihatmu~~
Oleh itu, marilah kita berubah ke arah yang lebih baik. Masanya telah tiba untuk kita maju kehadapan.
Berubahlah agar Berita Dari Ombak yang kita dengar itu adalah berita-berita yang gembira.
Salam bloggers..
Tuesday, January 13, 2009
Masalah vs Cabaran
Mari bermain dengan masalah :)..
Apa itu masalah? Satu topik yang menarik untuk dibahaskan.. haha.. kalau dilihat dari segi ejaan, seolah-olah kita dapat memisahkan masa dan lah.. contohnya, inilah, dialah, itulah, apalah, dan lain2.. Jadi masalah dapat disimpulkan sebagai sesuatu yang merujuk kepada masa itu sendiri.. masa+lah.. haha
Abaikan petikan di atas, haha.. masalah sebenarnya adalah suatu perkara yang kita anggap susah buat kita. Suatu perkara yang boleh memberikan tekanan kepada kita. Dengan kata lain, masalah adalah suatu perkara yang kita tidak suka.
Apa pula kaitannya dengan cabaran? bukankah masalah dengan cabaran itu sama? Pernah anda terfikir tentang perkara ini? haha.. sudah tentu ada perbezaan di antara masalah dan cabaran.. lihat ejaan pun dah tahu.. kan beza tu hurufnya.. haha :)
Berbeza dengan masalah, cabaran merupakan suatu perkara yang sukar tapi tidak dirasakan beban bagi kita.. malah ada yang menganggap bahawa cabaran adalah suatu perkara yang seronok untuk dihadapi dan diselesaikan.. contohnya seorang pelajar membuat latihan matematik. walaupun susah, semua soalan yang datang dianggap sebagai cabaran untuk diselesaikan bahkan seronok untuk diselesaikan..
Ibarat permainan merintasi halangan, semua halangan adalah cabaran yang perlu dihadapi.. mengapa kita tidak mengatakan bahawa rintangan dan halangan itu adalah suatu masalah? bukankah ianya juga sukar buat kita? haha
Menarik bukan? mengapa ada orang yang hidupnya penuh dengan keserabutan masalah dan ada pula yang kelihatan seolah-olah tiada masalah langsung.. asyik tersenyum je.. haha
Disinilah letaknya perbezaan pemikiran kita :). Ada orang menganggap suatu perkara itu masalah bagi mereka.. ada pula yang menganggap perkara yang sama bukan masalah tetapi cabaran.. berbeza bukan? haha
Sememangnya, hidup kita tidak akan sentiasa senang. Kita pasti akan diuji dan diduga dengan pelbagai dugaan. Tinggal saja kita menyingkapi bahawa ujian ini adalah suatu masalah ataupun suatu cabaran..
Marilah kita berfikir sejenak.. masanya telah tiba untuk kita ubah corak pemikiran kita.. janganlah kita membebankan diri kita dengan masalah.. Tukarlah ia kepada cabaran yang perlu kita selesaikan.. dengan itu kita akan sentiasa lebih bersemangat dan lebih positif untuk maju kehadapan..
Salam cabaran :)
Monday, January 5, 2009
Ketahuilah wahai saudaraku… Gaza Menangis!!
Dengan perasaan marah memuncak, kita bangkit dan melawan perompak itu untuk menyelamatkan rumah dan keluarga kita..
Tetapi kemudian kita yang dipersalahkan, dikatakan “terrorist” kerana menyerang perompak, dikatakan kejam kerana melawan!!?? Hey, ini rumah kita!!
Nah, tidak adil bukan?? Inilah yang berlaku kepada saudara Islam kita di Palestin.. Israel telah menceroboh Palestin, merampas tanah dan kawasan, membina tembok2 pemisah dan menyerang orang2 Palestin.
Apa yang terjadi kepada orang2 Palestin? Mereka bangkit mempertahankan tanah air tetapi digelar terrorist.. Walaupun hanya bersenjatakan batu, mereka lawan askar yang bersenjata lengkap.. Siapakah terrorist yang sebenar? Siapakah yang datang dan merampas tanah Palestin??
“Ketahuilah wahai umat Islam bahawa Palestin adalah tanah wakaf umat Islam!! Ini bukan masalah Negara Palestin!! Tapi ini adalah masalah umat ISLAM.. Bangkit dan sedarlah!!”
– Tajuk muka hadapan Mingguan Malaysia Ahad, 4 Januari 2009!!
Apa yang dapat kita simpulkan?? Tepuk dada, tanyalah hati..
---------------------
Apa peranan kita?? Kita bukanlah superhero yang mempunyai kuasa juga bukan pemimpin yang menguasai dunia.. Tetapi kita adalah orang2 yang yakin dengan janji-janjiNya, mengharap hanya padaNya..
Marilah kita meluangkan sejenak masa, berdoa kepada Allah agar menyelamatkan saudara kita di Gaza bahkan di seluruh dunia..
“Ya Allah, bantulah saudara kami di Gaza, kuatkanlah mereka, tenangkanlah mereka dan berilah kemenangan kepada mereka. Hancurkanlah musuh-musuh Islam ya Allah. Tanamkanlah ketakutan pada musuh2 Islam ya Allah” Amin.
Prihatinlah wahai saudaraku.. bacalah doa qunut nazilah, boikotlah barangan Israel, luangkan masamu untuk saudara kita yang menderita..
Friday, January 2, 2009
Be Positive (^_^)
Positive Thinking!! Alhamdulillah dan terima kasih kepada sahabatku kerana telah memperkenalkan aku kepada sikap positif.. Seharusnya sikap positif ini perlu dibina dan dipupuk di dalam diri kita secara berterusan untuk membuahkan hasil.
Memetik kata-kata Dr. Fadzilah Kamsah, “..menurut kajian, 100 fikiran negatif, dapat diatasi dengan hanya 1 fikiran positif”. Wah, luarbiasa.. Pernahkah kita fikirkan tentang perkara ini?
Bila kita mengenang kembali setiap peristiwa yang berlaku, maka kita akan dapat melihat bahawa ternyata fikiran negatif itu dapat diatasi dengan fikiran positif.. Renung-renungkan dan berfikirlah sejenak.. betapa selama ini fikiran positif telah banyak membantu kita :)
Jika selama ini kita lupa akan kehadirannya, maka di saat inilah, mari kita hidupkan kembali “Positive Thinking”. Masanya telah tiba untuk kita maju kehadapan.. Positiflah dan engkau akan lebih yakin dengan dirimu..
Ibarat air yang keruh di dalam segelas kaca, jika sentiasa dicurahkan dengan air jernih, lama-kelamaan ianya pasti akan menjadi jernih.
Hadirkanlah fikiran positif dalam diri kita, yakinlah dengan kemampuan kita. Sesungguhnya, setiap kita mampu membuat sesuatu yang hebat kerana kita sememangnya manusia hebat!!
Salam positif buat semua :)
Di manakah engkau..
Di manakah engkau wahai Kegembiraan?
Sungguh kau begitu bersemangat memerah segala tenaga siang dan malam tanpa jemu dan bosan..
Di manakah engkau wahai Semangat?
Tidak kira senang ataupun susah, kau sentiasa bersedia dan melakukan semuanya dengan penuh senyuman..
Di manakah engkau wahai Senyuman?
Kau disenangi kerana rajin membantu, menolong semua selagi terdaya..
Di manakah engkau wahai Kerajinan?
Ujian mendatang kau hadapi, penuh ketabahan kau sertakan hingga berjaya jua akhirnya..
Di manakah engkau wahai Ketabahan?
Kini semuanya terjawab, sesungguhnya kamu semua amat dekat dengan diriku.. tinggal saja aku memanggilmu..
Marilah wahai Kegembiraan, Marilah wahai Semangat, Marilah wahai Senyuman, Marilah wahai Kerajinan, Marilah wahai Ketabahan, Marilah semuanya, Sungguh aku merinduimu..
- Mereka sentiasa disisimu, gunalah ia agar tidak dilupakan -
Salam pencarian :)